Kluster tempat kerja kembali banyak - Noor Hisham

5,726 kes baharu, kluster tempat kerja kembali banyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan pertambahan kluster Covid-19 sebanyak tujuh kluster melibatkan lima tempat kerja manakala komuniti dan pendidikan tinggi, masing-masing satu kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan dua di Johor manakala Kedah, Melaka dan Perak, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti pula, satu di Sabah manakala satu kluster pendidikan tinggi di Negeri Sembilan.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 506 kluster manakala 5,229 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,726 kes berbanding semalam, 4,782 kes sekali gus mengatasi 5,607 kes sembuh.

Selain itu katanya, sebanyak 598 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 308 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 5,629 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 92 kes berbanding kelmarin, 46 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,492 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 11 daripada 92 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,751 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya