Klopp anggap Liverpool kalah - Utusan Malaysia

Klopp anggap Liverpool kalah

PERTAHANAN Liverpool, Trent Alexander-Arnold menanduk bola dalam usaha meredakan tekanan ketika mewakili pasukannya menentang Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, malam kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Jurgen Klopp bukan sahaja mengkritik cara Liverpool mempertahankan kelebihan dua gol mereka ketika berkongsi mata dengan Brighton, malah berasakan seperti pasukannya tewas.

“Ia berasa seperti satu kekalahan. Ia bukan sahaja kerana kami mendahului 2-0 dan tidak menang tetapi disebabkan saya dapat lihat kami menjaring dua gol yang paling cantik pernah saya lihat dan ia dibatalkan.

“Gol daripada Sadio (Mane) itu hanya tidak bernasib baik, jika anda mahu memberikan tekanan, anda boleh melakukan seperti itu. Tetapi saya kira ia dibatalkan kerana bola terkena tangan.

“Momen terbaik adalah pada babak pertama menyaksikan kami mampu menumpaskan Brighton, bermain dengan hantaran baik di bahagian tengah dan memperagakan aksi bola sepak yang amat bagus tetapi kami hanya menjaringkan dua gol.

“Dalam babak kedua, kami tidak cukup bagus. Gerak badan yang saya langsung tidak gemari. Saya seperti ‘oh Tuhan, ia amat sukar’. Benar, ia amat jelas dalam perlawanan ini.

“Cara terbaik untuk menyekat Brighton adalah dengan menguasai bola dan bermain di kawasan yang mereka lemah tetapi kami tidak melakukannya dan ia menjadi satu masalah,” jelas pengendali dari Jerman itu.

Pada aksi di Anfield, Jordan Henderson dan Mane meletakkan Reds 2-0 di depan selepas 24 minit tetapi skuad Graham Potter bangkit dengan gol menerusi Enock Mwepu dan Leandro Trossard.

Gol Mane dan Mohamed Salah dibatalkan kerana terkena tangan serta ofsaid ketika Liverpool mendominasi saingan pada babak pertama namun gagal menyekat kebangkitan Brighton pada babak kedua.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya