Kenakan lesen, syarat khusus kepada Airbnb - Muhyiddin

Kenakan lesen, syarat khusus kepada Airbnb

MUHYIDDIN Yassin (tengah) menjawab pertanyaan dan pandangan peserta dialog ekonomi dan sosial di Banda Hilir, Melaka. - FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perkhidmatan hospitaliti dalam talian, Airbnb perlu dilesenkan untuk beroperasi selain dikenakan syarat-syarat tertentu bagi mengelak persaingan yang tidak sihat dalam sektor perhotelan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian serta dibawa ke peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelaraskannya ke arah pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata, apa sahaja bentuk kegiatan ekonomi dalam konteks pemulihan harus boleh membantu, tetapi peraturan tertentu perlu disediakan dan dibincangkan.

“Ini perlu dilakukan di peringkat kerajaan negeri, PBT dan pihak pelancongan. Katakanlah Airbnb dilesenkan sekarang dengan syarat perlu mematuhi beberapa aspek seperti soal keselamatan, bangunan dan kesihatan.

“Justeru pengusaha Airbnb dapat beroperasi secara sah dan memulihkan ekonomi mereka sekiranya syarat-syarat ini dapat dipenuhi,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar sesi dialog dan libat urus Pengerusi MPN peringkat negeri di Banda Hilir, di sini hari ini.

Terdahulu, Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Madelina Kuah pada sesi dialog memberitahu, perkhidmatan Airbnb yang tidak dikenakan cukai seperti membunuh industri perhotelan di negeri ini.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) sebelum ini juga pernah menyuarakan pandangan sama agar pelaksanaan peraturan lebih ketat dilakukan terhadap Airbnb dan perkhidmatan lain yang serupa.

Tambah Muhyiddin, isu Airbnb perlu dikaji lebih lanjut dan membawanya ke peringkat tertinggi termasuk penglibatan badan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya supaya dapat dikawal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN