Kemeriahan malam Danga Bay makin dirasai - Utusan Malaysia

Kemeriahan malam Danga Bay makin dirasai

ORANG ramai berkunjung ke Danga Bay untuk beriadah dan bersantai bersama keluarga pada waktu malam di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Setelah beberapa bulan menyepi, suasana malam di Danga Bay, di sini kembali meriah setelah dibuka untuk menerima kehadiran pengunjung sejak minggu lalu.

Tinjauan yang dilakukan Utusan Malaysia mendapati pekarangan tempat tarikan ramai itu mula dipenuhi pengunjung yang terdiri daripada golongan berkeluarga serta kelab kereta kira-kira pukul 8 malam.

Malah, berdasarkan pemerhatian, pihak pengurusan di kawasan tersebut sentiasa me­lakukan proses sanitasi setiap kali kemudahan permainan yang disediakan kepada pe­ngunjung digunakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut pengunjung, Amir Hamzah Othman, 27, pembukaan semula kawasan rekreasi itu memberi ruang kepada penduduk kota melakukan aktiviti luar sekali gus melepaskan tekanan.

“Bagi saya, ini adalah peluang yang baik untuk warga kota meluangkan masa bersama keluarga melakukan aktiviti luar setelah sekian lama terperuk di rumah. Jadi, ia baik untuk keharmonian kekeluargaan.

“Cumanya saya lihat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sini agak longgar dalam soal penjarakan fizikal. Pengunjung perlu mendisiplinkan diri dan menitik beratkan tentang kebarangkalian keberjangkitan wabak Covid-19,” katanya di sini semalam.

Bagi Nurshafeza Padilah, 28, dia bersama keluarga juga sanggup datang dari Pontian bagi melayan karenah anak-anak dan anak saudara mereka melakukan aktiviti rekreasi di kawasan itu.

“Ini kesempatan untuk ber­kunjung ke sini setelah sekian lama tidak melakukan aktiviti bersama-sama dan anak-anak dibekalkan pelitup muka serta sentiasa membawa cecair pembasmi kuman,” katanya.

Menurut peniaga, Abdul Rahman Mohd. Noh, 67, keha­diran pengunjung sejak Jumaat lalu cukup luar biasa sehinggakan ruang tempat meletakkan kenderaan sentiasa penuh sesak dan bersyukur apabila dia tidak menang tangan me­layan pelanggan yang membeli permainan kanak-kanak yang dijualnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.