Kelantan gubal 5 dasar baharu ikut al-Quran, sunnah

Kelantan gubal 5 dasar baharu ikut al-Quran, Sunnah

AHMAD YAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan merancang untuk menggubal lima lagi dasar baharu yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah bagi menambah baik proses urus tadbir negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, bagi tujuan itu, pihaknya giat mengadakan perbincangan, forum dan sumbang saran bersama golongan pakar dalam setiap dasar baharu terbabit.

“Ia melibatkan Dasar Warga Emas Al-Mukarramun Kelantan, Semakan Dasar Wanita Kelantan (Semakan 2020) dan Dasar Pelaburan Negeri Kelantan.

“Turut dirancang, Dasar Kebersihan Negeri Kelantan dan Dasar Al-Qawwama,” katanya selepas menyampaikan Amanat Khas Sempena 31 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada rakyat Kelantan kerana terus memberi mandat kepada Pas untuk mentadbir Kelantan sejak 1990.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, langkah kerajaan Persekutuan menambah peruntukan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Kelantan kepada RM1 bilion, berbanding RM700 juta satu khabar gembira yang bakal melonjakkan ekonomi negeri.

“Ini akan membawa kesan limpahan yang menghidupkan industri kecil dan sederhana, selain sebagai pemangkin usahawan digital serta membuka lebih banyak pusat ekonomi baharu bagi mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.