Sokong pasukan Brazil, Zul Ariffin sanggup terbang ke Amerika demi World Cup - Utusan Malaysia

Sokong pasukan Brazil, Zul Ariffin sanggup terbang ke Amerika demi World Cup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Zul Ariffin akhirnya berpeluang merealisasikan impian yang disimpan sekian lama apabila berkunjung ke Amerika Syarikat buat pertama kali bagi menyaksikan sendiri kemeriahan kejohanan FIFA World Cup.

Zul yang berada di Los Angeles selama empat hari tiga malam berkata, pengalaman menyaksikan suasana kejohanan bola sepak terbesar dunia itu secara dekat cukup bermakna buat dirinya sebagai peminat setia sukan berkenaan.

Menariknya, kunjungan tersebut merupakan perjalanan pertama aktor itu ke Amerika Syarikat yang ditaja sepenuhnya oleh KIA Malaysia bersama KIA Asia Pacific.

Menurut Zul, minatnya terhadap bola sepak sudah bermula sejak kecil dan pasukan Brazil sentiasa menjadi pilihan hatinya.

“Sejak dari dulu lagi saya memang penyokong tegar Brazil. Saya membesar dengan melihat legenda-legenda Brazil bermain dan dari situlah minat saya terhadap bola sepak bermula.

“Bagi saya, Brazil bukan sekadar sebuah pasukan, tetapi sinonim dengan gaya permainan yang kreatif, berani dan penuh semangat,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mengulas peluang berada di tengah-tengah kemeriahan kejohanan tersebut, Zul mengakui ia merupakan pengalaman yang selama ini hanya dapat disaksikan menerusi kaca televisyen.

“Sudah lama sebenarnya saya menyimpan hasrat untuk merasai sendiri suasana FIFA World Cup di luar negara. Selama ini hanya tengok di televisyen, jadi bila dapat berada sendiri di sini dan melihat kemeriahan penyokong dari seluruh dunia, ia satu pengalaman yang sangat berbeza dan cukup istimewa,” ujarnya.

Tambah pelakon itu, antara perkara yang paling meninggalkan kesan kepadanya ialah semangat perpaduan yang dapat dilihat menerusi sukan bola sepak.

“Apa yang paling menarik ialah bagaimana bola sepak boleh menyatukan orang daripada pelbagai negara, bahasa dan budaya.

“Semua hadir dengan semangat yang sama untuk menyokong pasukan masing-masing. Itu yang menjadikan World Cup begitu istimewa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN