KDN terima peruntukan RM17 bilion - Utusan Malaysia

KDN terima peruntukan RM17 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima peruntukan sebanyak RM17 bilion dalam Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, menerusi peruntukan tersebut, kerajaan akan menambah lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) antaranya di Pagalungan di Sabah dan Temong Mura di Sarawak bagi meningkatkan kawalan keselamatan sempadan yang berterusan oleh anggota penguatkuasaan.

Katanya, jumlah tersebut turut melibatkan penggantian dan pembaikan lif serta kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, kerajaan juga akan menambah empat pintu masuk imigresen baharu antaranya di Telok Melano dan Baleh, Sarawak bagi memenuhi keperluan peningkatan pergerakan melalui imigresen susulan perubahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Telok Melano.

“Sebanyak RM100 juta turut diberikan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menghadapi musim banjir Monsun Timur Laut termasuk untuk pembelian kit makanan untuk mangsa banjir,” katanya dalam pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN