MELAKA: Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini, sekiranya tiada kata putus yang jelas daripada Barisan Nasional (BN). Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu sewajarnya tidak dilengah-lengahkan memandangkan tarikh penamaan calon yang semakin hampir. Jelas beliau, komponen PN selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) juga sudah bersetuju, andai perlu…










