‘Karen’ dikompaun RM3,000 - Utusan Malaysia

‘Karen’ dikompaun RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka di sebuah butik mewah di pusat beli-belah terkenal dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM3,000 ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan berhubung pelanggaran itu dijalankan dan kertas siasatan telah lengkap.

Katanya, tindakan kompaun sebanyak RM1,500 diambil di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021 bagi dua kesalahan. 

“Kesalahan pertama kerana gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas.

“Bagi kesalahan kedua pula kerana tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada dalam premis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, justeru itu, orang ramai dinasihatkan mematuhi SOP ditetapkan dan tindakan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan.

Khamis lalu, tular video seorang wanita dikenali ‘Karen’ yang membuat kecoh di hadapan sebuah butik mewah di pusat beli-belah di ibu negara.

Dalam video itu, wanita terbabit mendakwa menerima ugutan daripada seorang kakitangan bertugas di pintu masuk butik dengan mendakwa dirinya disentuh, selain turut mendakwa ditolak.

Bagaimanapun kakitangan berkenaan menafikannya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya