'Kan dah kata Laos kuat' - Utusan Malaysia

‘Kan dah kata Laos kuat’

SKUAD B-22 negara ketika menentang Laos dalam aksi pembukaan Kumpulan J, kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia, semalam.- IHSAN AFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ramalan Brad Maloney berhubung kekuatan Laos benar belaka apabila pasukan itu dilihat ‘liat’ untuk ditumbangkan oleh skuad bawah 22 (B-22) tahun negara dalam aksi pembukaan Kumpulan J, kelayakan Piala Asia B-23, semalam.

Selaku pengendali skuad B-22 negara, Maloney berkata, secara keseluruhan anak-anak buahnya beraksi dengan baik dan mengikut segala perancangannya ketika bermain di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia itu.

“Seperti dijangka kami akan berdepan saingan sengit dan kompetitif daripada Laos. Mereka merupakan pasukan yang bagus.

“Pemain bermain mengikut perancangan dan beberapa pertukaran dilakukan pada babak kedua. 

“Jaringan satu gol berjaya dihasilkan untuk kami menang pada perlawanan pertama,” kata Maloney selepas tamat perlawanan.

Malaysia memperoleh kemenangan apabila pemain Terengganu II, Nur Azfar Fikri menjaringkan gol pada minit ke-68 selepas memanfaatkan hantaran tonggak Penang FC, Quentin Cheng.

SKUAD B-22 negara meraikan jaringan ketika menentang Laos dalam aksi pembukaan Kumpulan J, kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia, semalam.- IHSAN AFC

Selain itu, cuaca sejuk di bawah 10 darjah Celsius dan keadaan padang tiruan yang tidak begitu baik antara faktor pasukan negara gagal mempamerkan aksi terbaik serta kerap kehilangan bola terutama ketika melakukan serangan.

Bagaimanapun, inilah cabaran yang perlu dilalui anak-anak buah Maloney dan mereka perlu segera memperbaiki kelemahan menjelang aksi berdepan Mongolia, Khamis ini, disusuli cabaran terakhir peringkat kumpulan menentang Thailand pada Ahad.

Gandingan tengah negara, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Mukhairi Ajmal Mahadi perlu lebih kreatif terutama dalam mencipta peluang dengan melakukan lorongan serta umpanan untuk menjaringkan gol.

Dalam masa sama, Luqman juga perlu meningkatkan tahap permainan apabila dilihat banyak kehilangan bola terutama menerusi sentuhan pertama dan kekurangan melakukan rembatan ke gawang Laos.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi menyaksikan Thailand dan Mongolia terikat 1-1 untuk kedua-dua hanya berpuas hati meraih satu mata.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya