Jumlah kenderaan di PLUS menghala selatan bertambah - Utusan Malaysia

Jumlah kenderaan di PLUS menghala selatan bertambah

JUMLAH kenderaan yang semakin bertambah di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Bandar Ainsdale, Labu, Seremban ketika tinjauan Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke selatan masih bergerak lancar.

Tinjauan Utusan Malaysia berhampiran Plaza Tol Bandar Ainsdale, Labu di sini sekitar pukul 10.15 pagi tadi bagaimanapun mendapati jumlah kenderaan dilihat bertambah.

Sedikit kesesakan dilihat berlaku di susur masuk Plaza Tol Port Dickson namun keadaan masih terkawal.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintenden Shafiei Muhammad berkata, pihaknya menjangkakan trafik akan semakin bertambah di negeri ini sehingga lima peratus bermula semalam hingga esok.

Ia berikutan banyak individu yang ingin pulang ke kampung halaman termasuk memasuki lokasi pelancongan di Port Dickson susulan kebenaran merentas negeri bermula Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya