MANILA: Sekitar 2,000 rumah dan 117 bangunan dan kemudahan kerajaan rosak di beberapa wilaya akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda pesisir selatan pulau Mindanao pada Isnin,, menurut penilaian awal kerosakan oleh kerajaan.
Lapangan terbang antarabangsa di General Santos masih ditutup, menyebabkan 63 penerbangan domestik dibatalkan, kecuali penerbangan yang menjalankan misi kemanusiaan.
Doktor-doktor merawat pesakit di dalam khemah yang didirikan di bawah terik matahari pada Selasa termasuk membantu seorang ibu muda melahirkan anak ketika angka korban akibat gempa bumi besar yang meruntuhkan bangunan dan mencetuskan amaran tsunami meningkat kepada lebih 40 orang.
Namun, hanya empat orang kini dilaporkan masih hilang.
Gempa bumi itu meninggalkan jejak kemusnahan, khususnya di General Santos, sebuah bandar pesisir yang sibuk dengan lebih 700,000 penduduk dan dikenali sebagai ibu kota tuna negara itu.
Pasukan penyelamat giat meneruskan operasi mengesan dua mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan di General Santos, semalam, selepas gempa bumi kuat melanda wilayah itu.
Pegawai bomba wilayah, Edgar Tanawan berkata, dua mangsa berjaya diselamatkan dari bangunan komersial yang menempatkan sebuah kedai runcit dan beberapa premis perniagaan, namun seorang lagi ditemukan maut.
Beliau berkata, setakat ini pengimbas tidak mengesan tanda-tanda hidup daripada dua mangsa yang masih hilang.
“Sukar untuk diterima sebagai seorang ibu bahawa anak saya masih terperangkap di dalam sana,” kata Dioslinda Deluvio, ketika menunggu berita mengenai anaknya di luar bangunan itu.
Gempa bumi kuat itu mencetuskan amaran tsunami di beberapa lain berlaku pada awal pagi kira-kira 20 kilometer (km) dari pesisir wilayah Sarangani. – AGENSI










