JPJ Negeri Sembilan keluar 21,962 saman sejak Januari lalu - Utusan Malaysia

JPJ Negeri Sembilan keluar 21,962 saman sejak Januari lalu

AZRIN Borhan memeriksa kenderaan yang melalui sekatan jalan raya yang diadakan dalam Operasi Bersepadu di Senawang, Seremban malam semalam. UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 21,962 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini melibatkan 55,083 pemeriksaan kenderaan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan berkata, hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 15,224 tindakan diiambil. 

“Daripada jumlah yang diambil tindakan itu, sebanyak 75 peratus adalah penguatkuasaan ke atas lori iaitu sebanyak 9,317 buah,” katanya dalam sidang akhbar Operasi Bersepadu di Senawang, di sini malam semalam. 

Dalam operasi tersebut, sebanyak 673 kenderaan diperiksa yang turut melibatkan anggota polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya