JKSM lancar buku panduan hukuman sebatan luar penjara bagi pesalah syariah - Utusan Malaysia

JKSM lancar buku panduan hukuman sebatan luar penjara bagi pesalah syariah

MOHD. Na'im Mokhtar (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran buku panduan hukuman sebatan luar penjara bagi pesalah syariah di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini melancarkan buku Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah.

JKSM menerusi kenyataan akhbar berkata, buku berkenaan mengandungi enam perkara dan tiga jadual merangkumi panduan kerja untuk semua agensi berkaitan.

Katanya, buku berkenaan sesuai bagi rujukan mahkamah syariah, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara dan Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan hukuman sebatan di luar penjara bagi pesalah-pesalah jenayah Syariah.

“Jaringan kerjasama baik antara pihak mahkamah syariah dan Jabatan Penjara, koordinasi dan mobiliti seseorang pesalah jenayah syariah bagi menjalani hukuman mereka akan dapat menzahirkan keadilan sistem undang-undang syariah itu sendiri.

“Pelaksanaan hukuman alternatif ini diharap dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan lancar, dan paling utama pelaksanaannya seragam di seluruh Malaysia,” katanya.

Terdahulu, majlis pelancaran buku berkenaan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad di Kuantan, Pahang, pagi tadi yang turut dihadiri Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd. Na’im Mokhtar.

Pada majlis sama, JKSM turut melancarkan buku Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) yang mengandungi sembilan perkara dan tiga jadual merangkumi proses pengendalian PKW bermula daripada prosiding menjatuhkan hukuman oleh hakim, pra PKW dan peringkat pasca PKW.

Jelas JKM, usaha menghasilkan dua buku berkenaan bermula sejak pertengahan tahun 2019 melibatkan JKSM sebagai urus setia, pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia dan juga Kementerian Kesihatan.

“Dengan pelancaran kedua-dua buku ini, ia akan menjadi titik permulaan ke arah kecemerlangan dan menjadi sejarah kepada sistem kehakiman dan perundangan syariah di negara ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.