Jangan pandang rendah kualiti Atalanta - Utusan Malaysia

Jangan pandang rendah kualiti Atalanta

Amad Diallo (kanan) mengingatkan Manchester United untuk bersedia sepenuhnya ketika berdepan bekas kelabnya, Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United diingatkan untuk tidak mendang rendah cabaran Atalata dalam saingan Liga Juara-Juara kata pemain sayap The Red Devils, Amad Diallo.

United terdesak untuk meraih kemenangan dalam pertemuan itu selepas mereka bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Eropah dengan Ole Gunnar Solskjaer berdepan pelbagai tekanan.

Diallo  dijangka tidak beraksi ketika menetang Atalanta dengan United berharap dapat memintas lawannya untuk kedudukan teratas Kumpulan F.

“Pertama sekali jangan memandang rendah kualiti Atalanta kerana itu kesilapan paling besar.

“Mereka ada jurulatih yang hebat dan peminat yang hebat.

“Mereka mampu memberi tekanan dan menyukarkan lawan.

“Walau tidak memegang bola, mereka akan sentiasa berlari, kalau terlepas bola memang akan menjadi masalah,” kata bekas pemain Atalanta itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya