Isu bekalan air, elektrik, jalan Kampung Melayu Bukit Tarek dapat perhatian KASA - Utusan Malaysia

Isu bekalan air, elektrik, jalan Kampung Melayu Bukit Tarek dapat perhatian KASA

Laporan muka depan Utusan Malaysia yang memaparkan kisah Kampung Melayu Bukit Tarek masih belum menikmati kemudahan bekalan elektrik, air dan jalan raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Isu masalah bekalan air dihadapi penduduk di Kampung Melayu Bukit Tarek, Hulu Selangor, Selangor akhirnya mendapat perhatian Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, pihaknya akan mengambil tindakan susulan bagi mengatasi masalah itu.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Beliau berkata, isu itu juga akan dibawa ke pengetahuan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“KASA dan SPAN akan mengambil tindakan susulan berhubung masalah bekalan air yang ditanggung selama 30 tahun oleh penduduk di Kampung Melayu Bukit Tarek, Hulu Selangor.

“Perkara ini juga akan dirujuk kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Air Selangor. Terima kasih Utusan Malaysia atas laporan,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan penderitaan dihadapi penduduk kampung berkenaan yang berdepan masalah ketiadaan bekalan air dan elektrik serta jalan raya sejak 30 tahun lalu.

Walaupun kedudukan kampung itu ber­hampiran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), namun seramai 300 penduduknya masih melalui kehidupan menggunakan generator, bateri kereta dan panel solar untuk bekalan elektrik.

Malah, mereka juga masih menadah air hujan dalam takungan besar untuk kegunaan dan keperluan harian.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.