fbpx

Isu arak Timah: syarikat tak mohon khidmat nasihat label

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan mengesahkan, syarikat pengeluar jenama arak Timah tidak memohon sebarang khidmat nasihat label daripada pihak tersebut.

Menurut maklum balas daripada BKKM, bahagian tersebut tidak memberi apa-apa kelulusan berkaitan pelabelan.

“Bagaimanapun, BKKM menawarkan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan bagi memastikan label mematuhi peruntukan pelabelan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, BKKM memantau pelabelan makanan berdasarkan peruntukan yang ditetapkan,” jelas BKKM dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut BKKM, Peraturan 18 (1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan apa-apa perkataan yang menyatakan penggredan, kualiti atau kelebihan atau apa-apa perkataan mempunyai maksud sama digunakan sebagai jenama.

“Oleh yang demikian, jenama seperti Timah, Omar dan lain-lain tidak menggambarkan penggredan, kualiti atau kelebihan, maka perkara ini tidak tertakluk di bawah Peraturan 18 (1A),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam selain produk minuman beralkohol itu dipercayai berbahaya kerana kandungan alkoholnya sangat tinggi.

Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Bayan Linnas Siri Ke-244: Jenama Arak: Hormati Sensitiviti Muslim menegaskan, jenama itu mesti ditarik dan diubah serta-merta, manakala gambar yang digunakan juga hendaklah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

POPULAR

KOSMO! TERKINI