Ismail Sabri santuni mentor politiknya, Sabbaruddin Chik

Ismail Sabri santuni mentor politiknya, Sabbaruddin Chik

ISMAIL Sabri Yaakob berkesempatan menyantuni mentornya, Tan Sri Sabbaruddin Chik dalam satu majlis makan malam. - FOTO/FB MOHD. ANUAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan menyantuni mentornya, Tan Sri Sabbaruddin Chik dalam satu majlis makan malam, semalam.

Perkara itu dikongksikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Anuar Yunus menerusi Facebooknya yang memberitahu, pertemuan berlangsung selama hampir dua jam itu, kedua-dua mereka berbincang mengenai senario politik terkini termasuk konsep Keluarga Malaysia yang dibawa dalam pentadbiran kerajaan hari ini. 

Anuar berkata, Sabbaruddin yang kini berusia 80 tahun adalah individu yang mengangkat Ismail Sabri dalam politik.

“Sabbaruddin adalah sifu politik beliau. Sewaktu Sabbaruddin menjadi Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, bos saya menjadi Setiausaha Politiknya dari 1995 hingga 1999,” katanya hari ini.

Anuar berkata, ketika pulang, Ismail Sabri turut merendah diri membantu menolak kerusi roda Sabbaruddin ke kenderaannya, menjadikan satu momen yang cukup indah bagaimana seorang anak murid yang kini bergelar Perdana Menteri mengenang budi dan jasa bekas ketuanya.

“Melihat layanan Perdana Menteri itu, mengingatkan saya satu perkara iaitu ‘apa guna ilmu yang dimiliki setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia’. Masih terlalu cetek ilmu saya dalam politik berbanding Perdana Menteri.

“Semoga Sabaruddin dan Perdana Menteri diberikan kesihatan terbaik oleh Allah SWT,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya