KUALA LUMPUR : Harga kit ujian kendiri Covid-19 yang sedia ada akan diturunkan dalam masa terdekat.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan berbincang untuk menurunkan harga tersebut.
“Kita akan umumkan dalam masa terdekat. Namun kita ambil kira masa peralihan untuk pembekal jual bekalan sedia ada. Kali terakhir terakhir kita turun harga kit, mereka tidak cukup masa untuk jual stok sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.