Kes pusat hiburan di Cheras: 12 lelaki ditahan

Kes pusat hiburan di Cheras: 12 lelaki ditahan

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 12 lelaki ditahan kerana disyaki terlibat kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya telah membuat permohonan reman terhadap suspek bagi melancarkan siasatan.

Menurutnya, beberapa kenderaan yang terlibat dalam kes tersebut juga dirampas bagi membantu siasatan.

“Pihak polis turut merampas sebuah lori yang digunakan oleh suspek bagi kes ini.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Satu sidang media berhubung kes ini akan diadakan pada 11 pagi esok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, polis memburu sekumpulan lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari apabila kumpulan lelaki terbabit bertindak merempuh pintu pagar premis menggunakan sebuah lori. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN