Hanya enam kluster Covid-19, tersikit sejak gelombang ketiga

Hanya enam kluster Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kluster tempat kerja dan komuniti masing-masing mencatatkan tiga kluster Covid-19 daripada enam kluster hari ini, sekali gus menjadi jumlah kluster tersikit sejak negara dilanda gelombang ketiga pandemik. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti melibatkan Pahang, Kelantan dan Johor, masing-masing satu kluster. 

“Kluster tempat kerja pula, Pahang, Johor dan Kelantan, masing-masing satu kluster. Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 1,008 kluster manakala 4,499 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 9,066 kes berbanding semalam, 10,915 kes sekali gus terus diatasi 14,454 kes sembuh manakala 835 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 535 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Katanya, Sarawak terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 1,418 kes diikuti Selangor (1,000). 

“Sebanyak 10 negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Johor (981), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767), Kedah (670), Perak (669), Pahang (630), Pulau Pinang (620), Melaka (206) dan Negeri Sembilan (191). 

“Perlis merekodkan 66 kes dan Putrajaya, 24 kes manakala Labuan sifar kes,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kes kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 75 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 83 kes sebelum ia berubah kepada 96 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, yang berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan, sebanyak 109 kes berbanding kelmarin, 121 kes menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 26,565 kes. 

Sebanyak 33 daripada 109 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,340 kes. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Pulau Pinang mencatatkan kematian dilaporkan 18 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 11 kes diikuti Sabah (13/9), Selangor (13/7), Johor (11/13), Perak (10/7), Sarawak (9/8) Terengganu (9/4), Kedah (8/4), Kelantan (5/3), Pahang (4/3), Kuala Lumpur (4/2), Perlis (3/2) dan Melaka (1/1) dan Negeri Sembilan (1/0). 

Bagaimanapun Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.