Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi dilaksanakan

Gelembung pelancongan antarabangsa bagi Projek Rintis Langkawi dilaksanakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju pelaksanaan Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) bagi Projek Rintis Pulau Langkawi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan itu, bagi pelancong antarabangsa yang berhasrat memanfaatkan inisiatif itu perlu memenuhi syarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dipersetujui sebagaimana dicadangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menurut beliau, terdapat empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu melibatkan SOP pra perlepasan, ketibaan dan penginapan; pra perlepasan pulang ke negara asal dan projek rintis.

Bagi syarat pra perlepasan, kata Perdana Menteri, kumpulan sasaran pelancong antarabangsa perlulah dalam kalangan pelancong berkualiti (high yield), individu yang divaksin lengkap, anak di bawah umur 18 tahun wajib hadir bersama-sama ibu bapa atau penjaga masing-masing divaksin lengkap dan dari senarai negara yang dibenarkan tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia/Kementerian Kesihatan (KKM) atau Kementerian Luar Negeri.

“Tempoh tinggal adalah sekurang-kurangnya tiga hari, tiada syarat kuarantin dikenakan (terpakai untuk Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi sahaja), melaksanakan ujian RT-PCR Covid-19 72 jam sebelum berlepas dan wajib dalam bentuk digital atau cetakan.

“Memiliki insurans minimum US$80,000 (RM332,000), wajib menggunakan khidmat pelancongan (pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC), wajib mempunyai pasport dan visa Health Declaration Form LoU and Indemnity, memuat turun aplikasi MySejahtera dan mendaftar sebelum berlepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi syarat ketibaan dan penginapan pula adalah melalui lapangan antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), membuat ujian pengesanan air liur (1 jam 30 minit) atau terus ke Langkawi (wajib ujian RT-PCR Covid-19 pada hari kedua).

Kata beliau, sekiranya mereka didapati positif, akan terus dibawa ke pusat pengasingan atau kuarantin atau hospital swasta (mengikut kategori).

“Menggunakan seorang pemandu pelancong dalam satu kumpulan lawatan (maksimum 20 orang),” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan, sekiranya melancong selama tiga hari, ujian saringan RT-PCR Covid-19 pada hari kedua memadai (boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal) .

Kata beliau, sekiranya melancong lebih lima hari, wajib melakukan ujian saringan pada hari kelima dengan semua kos ditanggung sendiri oleh pelancong.

“Ujian RT-PCR Covid-19 diperlukan bagi syarat pra perlepasan pulang ke negara asal iaitu 72 jam sebelum berlepas. Sekiranya melancong selama tiga hari, ujian saringan pada hari kedua boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal,” katanya.

Perdana Menteri berkata, projek rintis ini akan dijalankan selama tiga bulan bagi KKM dan MKN bagi menilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya