FPDA: Semua negara bersetuju nyatakan lima komitmen  - Utusan Malaysia

FPDA: Semua negara bersetuju nyatakan lima komitmen 

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (tengah) bersama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang (tiga dari kanan) bergambar bersama deligasi daripada empat kedutaan negara iaitu Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Perancangan Pertahanan Lima Negara (FPDA) ke-11 dan Sambutan FPDA ke-50 di Kuala Lumpur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengaturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) disifatkan sebagai relevan untuk tempoh 10 tahun akan datang sehingga 2031 bagi memperkukuhkan aspek keselamatan antara negara anggota.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara yang terlibat dalam FPDA juga telah bersetuju menyatakan lima komitmen bagi menjamin  keselamatan serantau.

Katanya, antara lima komitmen tersebut termasuk pengenalan aset generasi kelima dan memberi fokus kepada peningkatan misi melawan kegananas dan keselamatan maritim bukan tradisional.

“Selain itu, FPDA akan memberi fokus untuk mempertingkatkan keselamatan siber secara berperingkat dan meneruskan program pemerhati sebagai jaminan kepada jalinan kerjasama serantau.

“Fokus dan komitmen ini akan menentukan arah masa depan keutamaan strategik FPDA, proses dan struktur organisasi, dan rancangan aktiviti,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri acara sambutan 50 Tahun FPDA dah Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA Ke-11 di sini.

Lima negara FPDA ialah Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom (UK).

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kerjasama antara semua negara terbabit berpegang kepada prinsip 3R iaitu imbuhan (remit) relevan (relevant) dan jaminan (reassurance) dalam meneruskan aspek strategik, proses, struktur organisasi dan aktiviti FPDA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN