Eseri jadi pusat sehenti produk minyak gelam - Hafizan

Eseri jadi pusat sehenti produk minyak gelam

HAFIZAN Juhair (tengah) menunjukkan alat pengekstrakan minyak gelam kepada Ahmad Amzad Hashim (kiri) di Unisza, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - FOTO/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bakal menjadi pusat sehenti pengumpulan produk berasaskan ekstrak pokok gelam.

Pengarahnya, Prof. Dr. Hafizan Juhair berkata, bagi mencapai sasaran itu pihaknya akan meningkatkan aktiviti pemasaran dan pengeluaran produk berkenaan yang sudah dipasarkan sejak Oktober 2018.

Katanya, selain minyak gelam, produk berkenaan juga bakal dikembangkan dalam bidang perubatan dan kosmetik bagi tujuan kesihatan.

“Aktiviti pengeluaran dan pembungkusan pula akan dijalankan di peringkat komuniti dengan penglibatan penduduk kampung sekali gus membantu mereka menjana pendapatan tambahan.

“Eseri memiliki alat pengekstrakan minyak berskala besar bernilai RM70,000 dan kita kini giat melakukan ujian kualiti minyak gelam,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim di Unisza, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Amzad berkata, pihaknya bersedia membantu Eseri bagi meningkatkan aspek komersial produk berasaskan pokok gelam.

Katanya, berdasarkan rekod sebanyak 60 peratus pengeluaran pokok gelam negara disumbangkan oleh Terengganu.

“Kita ada peruntukan khas di bawah program Malaysia Social Innovation (MySI) seperti bantuan peralatan kajian dan kemudahan lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.