Emraz muncul agensi pertama hantar jemaah umrah Malaysia ke Tanah Suci - Utusan Malaysia

Emraz muncul agensi pertama hantar jemaah umrah Malaysia ke Tanah Suci

Seorang petugas memeriksa bagasi jemaah umrah di KLIA, Sepang semalam. – UTUSAN/ FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Setelah hampir dua tahun terkandas, kumpulan pertama bakal jemaah umrah dari Malaysia mula berlepas ke Tanah Suci di Arab Saudi, hari ini bagi menunaikan ibadah itu.

 Mereka terdiri daripada sembilan peserta selain dua petugas dari agensi umrah dan ziarah terkenal tempatan, Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Putrajaya.

 Mereka menaiki pesawat Saudia Airlines penerbangan SV 0787 bertolak ke Jeddah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kira-kira pukul 7.50 malam.

 Kumpulan itu akan berada di sana selama 10 hari 13 malam dengan memasuki Madinah terlebih dahulu sebelum diberi kebenaran bergerak ke Makkah untuk umrah sekali sahaja.

 “Terima kasih Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia beri peluang kepada agensi pengendali umrah untuk bernafas semula,” kata Ketua Pegawai Operasinya, Zulpakar Pahmi Mohamad.

 Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ringkas dengan Ketua Pegawai Jualan agensi itu, Shahrul Izuan Shafie setelah menyambut kumpulan berkenaan di Dewan Pelepasan KLIA.

 Kerajaan mengumumkan kebenaran pergerakan merentas negeri termasuk ke luar negara mulai Isnin lalu setelah Malaysia mencapai kadar vaksinasi 90 peratus daripada populasi dewasa.

 Sebelum pintu sempadan ditutup pada akhir Mac tahun lalu, hampir 300,000 rakyat Malaysia mengerjakan umrah setiap tahun iaitu kelapan paling ramai dalam kalangan jemaah asing.

 Mengulas lanjut, Zulpakar berkata, agensi itu telah melakukan persiapan awal lebih setahun lalu malah sentiasa mengemas kini segala perkembangan dan pengumuman terkini kerajaan.

 “Kami juga memang ada beberapa staf tetap di Tanah Suci bersiap siaga menyantuni bakal jemaah selain pejabat kami di seluruh negara tetap beroperasi sejak tahun lepas,” katanya.

 Bahkan ujarnya, sejurus selepas pengumuman pembukaan sempadan untuk warga Malaysia ke luar negara, pihaknya terus menghubungi ramai bakal jemaah yang berminat dan lengkap syarat.

 Ia sejajar protokol ketat ditetapkan kerajaan Arab Saudi termasuk sudah melepasi tempoh matang 14 hari selepas menerima vaksin dan wajib sihat badan tanpa ada gejala.

 Bagaimanapun, disebabkan panggilan saat-saat akhir, hanya sembilan peserta ‘menyahut seruan’ dan kumpulan penerbangan yang berikutnya pula dijadualkan 20 Oktober ini.   – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya