Ekonomi digital antara potensi ekonomi dengan China - Utusan Malaysia

Ekonomi digital antara potensi ekonomi dengan China

ISMAIL Sabri Yaakob menyampaikan ucapan pembukaan Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) Ke-130 secara maya semalam.- IHSAN PMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ekonomi digital, Revolusi Perindustrian 4.0 dan pembangunan lestari antara potensi ekonomi yang boleh dimanfaatkan menerusi hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Perdana Menteri berkata, bidang itu antara potensi yang belum diterokai sepenuhnya walaupun pelaburan dan perdagangan melibatkan dua negara semakin berkembang sejak 2009.

“Bagi memacu transformasi digital, Malaysia pada awal tahun ini melancarkan inisiatif MyDigital yang menjadi sebahagian perancangan kerajaan meningkatkan kemajuan negara dalam ekonomi teknologi berdaya tinggi menjelang 2030.

“Inisiatif ini dilaksanakan menerusi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. Antara lain MyDigital menyasarkan menarik kira-kira AS$17.32 bilion pelaburan digital tempatan dan luar negara,” katanya dalam ucapan pembukaan Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) Ke-130 secara maya, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 71 projek pembukaan dengan penyertaan China diluluskan pada 2020 dan dijangka menjana lebih 10,000 peluang pekerjaan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, China terus menjadi rakan perdagangan terbesar negara merangkumi 18.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pada tahun lalu.

Kata beliau, eksport Malaysia ke China pada tahun sama juga berkembang sebanyak 11.1 peratus yang merangkumi AS$37.77 bilion.

“Negara itu pula menjadi sumber import terbesar Malaysia iaitu meliputi 21.5 peratus jumlah import. 

“Begitu juga dalam bidang pelaburan, China telah menjadi pelabur utama Malaysia dengan pelaburan berjumlah AS$4.41 bilion tahun lalu. Ranking ini dikekalkan selama lima tahun lalu sejak 2016.

“Dari segi sejarah, hubungan ekonomi Malaysia dengan China berjalan sejak abad ke-15  antara Kesultanan Melaka dan Dinasi Ming. Sejak itu, Malaysia dan China terus memperkukuh kolaborasi, walaupun berhadapan cabaran Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya