fbpx

6 Disember 2021, 1:29 pm

Dua pemandu video tular ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pemandu yang dikesan memandu secara berbahaya ditahan polis, semalam.

Ini susulan satu rakaman video berdurasi 27 saat yang dimuat naik menerusi satu akaun Facebook memaparkan aksi pemanduan berbahaya melibatkan dua kereta yang tular semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar raya.

Ujarnya, semakan lanjut mendapati kejadian melibatkan membabitkan dua kereta iaitu Hyundai Elantra dan Perodua Myvi dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.30 petang, Jumaat lalu.

“Unit Risikan/Operasi JPST Kuala Lumpur berjaya mengesan kedua-dua pemandu dan mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Balai Trafik Kuala Lumpur pada pukul 10 malam tadi.

“Kedu-dua lelaki berusia 47 dan 33 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Sarifudin berkata, ujian saringan air kencing turut dijalankan ke atas kedua-dua pemandu dan keputusan mendapati pemandu Myvi positif dadah methamphetamine.

Jelasnya, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang ada sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI