Dos penggalak mampu beri perlindungan optimum - Utusan Malaysia

Dos penggalak mampu beri perlindungan optimum

KEMENTERIAN Kesihatan diminta mengkaji kesan suntikan dos ketiga sebelum diberikan kepada golongan rentan. -UTUSAN/ IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan dos penggalak dan dos tambahan adalah berbeza, tetapi dari kategori yang sama iaitu dos ketiga. 

Kementerian itu memaklumkan, pemberian dos penggalak menggunakan vaksin Corminaty keluaran Pfizer bermula 13 Oktober lalu. 

Katanya, setakat 19 Oktober lalu, seramai 47,729 orang menerima dos penggalak yang terdiri daripada petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas dan golongan komorbid yang mana kesemua mereka ini lengkap dos vaksin Pfizer sekurang-kurang enam bulan lalu.

“Bermula 22 Oktober lalu, pemberian dos penggalak diperluas kepada warga emas yang telah lengkap dua dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan lalu. 

“Malah, penggunaan vaksin campuran ini telah diguna di beberapa negara lain dan sebelum kaedah vaksin campuran ini dimulakan, jawatan kuasa kecil di bawah Jawantankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) telah membuat penilaian,” katanya dalam satu siaran yang dimuat naik dalam laman Facebook KKM. 

Kenyataan itu menyebut, bagi dos penggalak, semua pengeluar vaksin perlu menghantar permohonan baharu kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk penilaian terutama aspek keselamatan dan keberkesanan. 

Katanya, permohonan baharu itu kerana NPRA hanya memberi kelulusan bersyarat kepada dua dos vaksin keluaran Pfizer, Sinovac, AstraZeneca, SinoPharm manakala satu dos vaksin Can Sino,  sementara kelulusan bersyarat bagi dos penggalak kepada vaksin Pfizer. 

“Seperti ditegaskan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pemberian dos penggalak ini tidak bermaksud dua dos yang telah diterima tidak berkesan. 

“Dos penggalak adalah bagi mereka di mana dua dos lengkap sudah mencukupi, tetapi dalam tempoh tertentu, tindak balas imun mula menurun. Ia juga bagi memastikan penerima vaksin mendapat tempoh perlindungan paling optimum,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya