Dia putar belit, salahkan wartawan! - Utusan Malaysia

Dia putar belit, salahkan wartawan!

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKLIP masih ingat ketika mula-mula bergelar wartawan hiburan. Poklip ditugaskan untuk menghubungi seorang pelakon wanita ini. Dia baru berhijab ketika itu jadi ingin tahu juga apa kisahnya kan.

Perbualan kami berjalan lancar. Apa yang diutarakan, satu persatu Poklip tulis. Kita pula ketika itu wartawan baharu, takut hendak cari pasal. Nasib editor Poklip ketika itu baik orangnya. Editor sekarang pun baik juga.

Tetapi selang beberapa hari artikel keluar, Poklip menerima jumlah panggilan yang banyak daripada pelakon itu. Eh, kenapa pula? Rupa-rupanya dia mendakwa Poklip putar belit kenyataannya.

Hendak dipendekkan cerita, dia menuntut Poklip menulis semula artikel tentangnya. Sebagai ganti rugi katanya. Tak puas hati, Poklip hantar rakaman suara ketika dia ditemu bual.

Malu punya pasal, dia hanya mendiamkan diri. Tidak membalas satu pun pertanyaan Poklip. Fuh! Nasib baik Poklip rakam perbualan kami. Tanpa diketahui, dia memang berperangai begitu.

Suka memutar belit kenyataan dan meminta wartawan menulis semula kononnya kami yang silap. Eh, kenapa macam itu? Tak baik tuduh- tuduh tau. Poklip jujur orangnya.

Tetapi baru-baru ini, rakan Poklip juga terkena perangai sama. Tetapi kali ini pelakon lelaki. Mati-matian dia menafikan kenyataan asalnya. Tetapi nasib rakan Poklip juga bijak.

Bukti ada, jadi bentangkan sahaja. Tidak perlu berbalah pun kan? Cuma Poklip pelik lah, kenapa sampai macam itu sekali mereka (yang berperangai begitu) menagih perhatian.

Janganlah menuduh kami memutar belit kenyataan anda sedangkan setiap satu butir kata ditulis dengan jujur. Dia yang suka putar belit ayat, kita yang kena. Tak baik tau!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya