Business Travellers Center bakal disediakan di Johor - Utusan Malaysia

Business Travellers Center bakal disediakan di Johor

Deretan lori terpaksa menunggu lama untuk memasuki Singapura sehingga berlaku kesesakan teruk di Tambak Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah pusat Business Travellers Center yang berfungsi memudahkan ketibaan Pelawat Perniagaan Jangka Pendek akan dibuka di Johor untuk Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dari Singapura dengan kos RM10 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pusat sama telah dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk memberi kemudahan kepada pelawat perniagaan dan pelabur.

“Pusat ini memudahkan ketibaan Pelawat Perniagaan Jangka Pendek yang dikecualikan daripada menjalani kuarantin wajib tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.

“Tahun hadapan, sebuah pusat sehenti yang sama akan disediakan di Johor untuk Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dari Singapura dengan kos RM10 juta,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN