Bos arah staf buang polifoam di lorong belakang ditangkap

Bos arah staf buang polifoam di lorong belakang ditangkap

BEBERAPA petugas sebuah syarikat yang melonggokkan sampah diarah membersihkan semula sisa pepejal setelah operasi serbuan secara mengejut. – FOTO/IHSAN SWCorp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan seorang pemilik sebuah syarikat di ibu negara yang mengarahkan pekerjanya membuang sampah premis itu mengundang padah apabila dia berjaya dicekup.

Ia hasil intipan sebanyak tujuh kali oleh pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Taman Usahawan Kepong, baru-baru ini melalui Unit Penguatkuasaan agensi berkenaan.

Menurut Pengarah SWCorp. Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib, syarikat tersebut melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu jenis polifoam di lorong belakang Jalan Metro Perdana Timur 9.

Mereka kemudian diarahkan untuk mengumpulkan kembali segala sisa pepejal berkenaan dan satu gegantung amaran peringatan atas kesalahan tersebut turut dipasang SWCorp.

“Pesalah akan disiasat di bawah Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 kerana pelupusan sisa tanpa ada kebenaran.

“Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah, pelaku itu boleh dihukum denda tidak kurang RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau pun kedua-duanya sekali,” tegas beliau,” katanya melalui kenyataan akaun sosial rasmi SWCorp hari ini.

Beliau turut memandang serius masalah sampah haram di Kuala Lumpur, namun tindakan intipan dan serbuan secara berterusan akan giat dilaksanakan oleh penguat kuasa SWCorp.

Penduduk ujarnya, boleh melaporkan aduan kes sebegini secara terus kepada agensi itu menerusi talian khas 1-800-88-7472 atau melalui e-mel kepada [email protected].

SWCorp yang mula beroperasi sejak 2008, bertanggungjawab dalam penguatkuasaan sisa pepejal di Wilayah Persekutuan, Perlis, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya