Boleh mohon booster untuk kerjakan umrah - KJ - Utusan Malaysia

Boleh mohon booster untuk kerjakan umrah – KJ

ARAB Saudi dilaporkan membenarkan individu yang menerima suntikan vaksin Sinovac menunaikan umrah tetapi mesti mendapatkan dos ketiga vaksin Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan umrah namun tidak menerima jenama vaksin yang ditetapkan beberapa agensi dan negara lain boleh mengemukakan permohonan suntikan dos penggalak (booster dose) menerusi aplikasi MySejahtera. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun pihaknya sedang berusaha dan berbincang dengan negara-negara berkenaan agar tidak ada amalan diskriminasi vaksin.

“Untuk yang nak pergi umrah dan ada syarat daripada negara negara luar untuk hanya menerima sejenis vaksin dan bukan vaksin yang telah mereka menerima, bakal jemaah boleh mohon pada Kementerian Kesihatan.

“Kita akan buat permohonan itu dalam MySejahtera dan mungkin dalam bulan ini kita akan buka kemudahan booster untuk mereka yang terpaksa ambil disebabkan syarat untuk negara lain.

“Tapi pada masa yang sama saya mengambil contoh United Kingdom (UK), mereka membenarkan rakyat Malaysia yang diberikan Pfizer and AstraZeneca masuk tanpa kuarantin malah turut mempertimbangkan permintaan kita untuk vaksin lain. Harapnya mereka akan bersetuju dan sama juga dengan Arab Saudi,” jelasnya.

Tambah Khairy, banyak negara Islam menggunakan Sinovac seperti Indonesia, Pakistan dan Turki dan oleh itu, penting untuk kerajaan Arab Saudi memahami perkara itu.

“Perkara-perkara ini perlu difahami oleh pemerintah Arab Saudi tetapi dalam apa jua keadaan kita akan memberikan dos penggalak tetapi penyelesaian yang lebih mudah dan lebih baik adalah tidak ada diskriminasi vaksin,” katanya.

Terdahulu, Khairy menghadiri dan merasmikan 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di sini.

Dalam majlis itu, Khairy komited untuk menggalakkan setiap bangunan dalam negara untuk menyediakan Automated External Defibrillator (AED) yang mempunyai fungsi sebagai alat yang digunakan untuk menyelamatkan sesiapa sahaja yang diserang sakit jantung secara-tiba-tiba di tempat awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.