Wabak Ebola terus merebak di Congo

Wabak Ebola terus merebak di Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINSHASA: Wabak Ebola di Republik Demokratik Congo terus merebak ke zon kesihatan baharu di wilayah timur laut Ituri, menandakan penularan berterusan ketika negara itu masih bergelut membendung jangkitan lebih tiga minggu selepas wabak diisytiharkan.

Kementerian Kesihatan berkata, zon Tchomia, terletak kira-kira 50 kilometer di selatan ibu kota wilayah Bunia di tepi Tasik Albert, kini menjadi kawasan terbaharu yang terjejas.

Dengan perkembangan itu, jumlah zon kesihatan yang terkesan meningkat kepada 26 di seluruh negara, termasuk 18 di Ituri, yang menyumbang lebih 94 peratus daripada keseluruhan kes disahkan.

Dalam sistem kesihatan Congo, satu zon kesihatan merangkumi kawasan tertentu yang mempunyai rangkaian klinik serta sebuah hospital rujukan.

Laporan situasi terkini kerajaan menyatakan 37 kes baharu yang disahkan, termasuk 12 kematian, dilaporkan dalam tempoh 24 jam sebelum ini, semuanya di wilayah Ituri.

Setakat ini, wabak tersebut merekodkan 635 kes disahkan dan 127 kematian di tiga wilayah timur negara itu.

Wabak yang berpunca daripada strain Bundibugyo yang jarang ditemui itu, yang belum mempunyai vaksin diluluskan atau rawatan khusus, diisytiharkan pada 15 Mei.

Ia kini merebak ke Ituri, Kivu Utara dan Kivu Selatan, iaitu kawasan yang sering berdepan ketidakstabilan keselamatan, perpindahan penduduk serta pergerakan rentas sempadan.

Lapan pesakit baharu disahkan pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh meningkat kepada 30 orang.

Sementara itu, aktiviti rawatan dimulakan di pusat rawatan Ebola di Bunia dan Rwampara, menurut laporan tersebut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN