SHAH ALAM: Kuala Langat menjadi wilayah kedua selepas Hulu Selangor telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat pukul 3 petang tadi.
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, pemulihan air di 998 kawasan terjejas telah meningkat kepada 78 peratus, berbanding 68 peratus pada pukul 12 tengah hari tadi.
“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya.
Selain dua wilayah tersebut, wilayah Kuala Selangor mencatatkan pemulihan air tinggi iaitu sebanyak 99.4 peratus diikuti Petaling (98.9 peratus), Shah Alam (98.1 peratus), Gombak (73 peratus), Kuala Lumpur (64.8 peratus) dan Klang 24.8 peratus.










