Banjir : 680 petugas kesihatan siap-siaga di PPS - Utusan Malaysia

Banjir : 680 petugas kesihatan siap-siaga di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 680 petugas kesihatan di negeri ini bersiap-siaga digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, seramai 322 orang mengendalikan aktiviti pencegahan di samping kawalan penyakit di PPS atau kawasan terjejas banjir. 

Katanya, baki 358 lagi petugas pula diarahkan memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, rawatan dan rujukan jika berlaku kejadian kecemasan di PPS. 

“Mereka terdiri daripada pegawai perubatan, pembantu pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat dan pemandu yang sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, banjir dijangka melanda Terengganu bermula akhir Oktober susulan hujan lebat luar biasa yang diramalkan mencecah 3,600 milimeter sepanjang musim tengkujuh kali ini.

Katanya, keadaan itu bakal menyebabkan kawasan-kawasan rendah di samping yang berdekatan sungai berisiko dinaiki air dalam masa singkat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN