[BAJET 2022] RM100 untuk Alat Bantuan Mengajar guru - Utusan Malaysia

[BAJET 2022] RM100 untuk Alat Bantuan Mengajar guru

SEORANG guru mengajar di dalam kelas semasa sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mulia. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM100 sebagai elaun Alat Bantuan Mengajar akan diberikan kepada 400,000 guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, insentif pertama kali diperkenalkan itu diberikan bagi menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik Covid-19.

Selain itu katanya, inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia akan diberikan bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

“Insya-Allah, seramai 600,000 siswa siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya ketika Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN