‘Baby bump’ adalah sebahagian daripada aurat wanita 

‘Baby bump’ adalah sebahagian daripada aurat wanita 

'Baby bump' atau bahagian perut yang memboyot pada wanita mengandung adalah aurat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: ‘Baby bump’ atau bahagian perut yang memboyot pada wanita mengandung adalah aurat.

Itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bagi menjawab persoalan hukum bagi wanita mengandung menayangkan ‘Baby bump’ di media sosial.

Menurutnya, wanita mengandung mestilah menjaga aurat di kawasan berkenaan dengan mengenakan pakaian yang labuh dan longgar supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.

“Hukum menayangkan gambar perut memboyot di media sosial adalah tidak selari dengan etika ajaran Islam.

“Tindakan itu dilihat boleh mengundang fitnah dalam kalangan lelaki ajnabi khususnya dan membawa kepada masalah moral dan akhlak,” katanya.

Katanya, aurat menurut syarak adalah anggota tubuh yang wajib ditutupi dan apa-apa yang diharamkan melihat kepadanya.

Jelasnya lagi, ulama menggariskan syarat-syarat menutup aurat iaitu pakaian hendaklah menutup seluruh aurat, tidak memakai pakaian nipis sehingga menampakkan warna kulit dan tidak memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.

Penjelasan lengkap mengenai hukum berkenaan boleh didapati menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke-628: Hukum Menujukkan Baby Bump Semasa Mengandung yang dikongsi menerusi laman sesawang PMWP.

Katanya, wanita mengandung juga perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah daripada berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya