Asap pelupusan sampah haram ancam penduduk - Utusan Malaysia

Asap pelupusan sampah haram ancam penduduk

MOHAMAD Kamal Ismail menunjukkan lokasi pembuangan sampah haram yang mengakibatkan kebakaran di Kampung Johan Setia, Shah Alam, Selangor semalam. – UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 10,000 penduduk Kampung Johan Setia di sini, terdedah risiko keselamatan dan kesihatan akibat akibat masalah pelupusan sisa industri secara haram serta aktiviti pertanian melibatkan pembakaran terbuka dilakukan oleh warga asing yang berlarutan kira-kira lima tahun lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di sana, kawasan tanah gambut berkeluasan 0.5 hektar yang terletak kurang 100 meter dari rumah 50 penduduk berhampiran dilihat ditambak dengan timbunan bahan binaan serta sisa kilang seperti barangan elek­tronik selain terdapat aktiviti pertanian di sekelilingnya.

Kawasan berkenaan khusus­nya tanah persendirian yang di­jadikan tapak pertanian dan disewakan kepada warga asing sering berlaku kebakaran me­nye­babkan tempat pelupusan sampah haram itu terbakar.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa terjadi kali kedua dalam tahun ini menyebabkan 14 keluarga yang tinggal berhampiran serta kese­luruhan penduduk terpaksa menghirup udara tercemar aki­bat asap daripada kebakaran ter­babit.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung itu, Mohamad Kamal Ismail berkata, pemerhatian pihaknya mendapati kegiatan berkenaan mula berleluasa sejak 2016.

Katanya, petani warga Myanmar, Bangladesh dan Indonesia itu kebiasaannya melakukan pembakaran terbuka pada sebe­lah malam.

“Segelintir daripada mereka dipercayai turut menceroboh tanah persendirian bagi mela­kukan aktiviti pertanian. Tahun ini, lima kebakaran dikesan berlaku antaranya melibatkan stor sisa pepejal, kebun petani dan tapak pelupusan sampah ha-ram,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini mela­porkan tujuh negeri dilaporkan mengalami masalah pencemaran yang serius selepas aktiviti pelupusan sampah secara haram berlaku secara

berleluasa akibat tidak meratifikasi Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Negeri terbabit adalah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sa­rawak menyebabkan aktivi­ti penguatkuasaan dilakukan pihak berkuasa tempatan terhadap tapak pelupusan sampah haram tidak efektif.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.