‘Aroma’ sampah jejas sesi persekolahan - Utusan Malaysia

‘Aroma’ sampah jejas sesi persekolahan

LONGGOKAN sampah gagal diangkut sejak Rabu lalu menjejaskan sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku di Pasir Puteh. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku di sini terganggu akibat bau busuk longgokan sampah yang gagal diurus de­ngan baik, tidak jauh dari kawasan sekolah tersebut.

Difahamkan, tong sampah besar disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah penuh dan melimpah keluar sejak Rabu lalu menyebabkan orang ramai tiada pilihan kecuali melonggokkan sampah di luar tong.

Namun, keadaan menjadi lebih buruk apabila haiwan se­perti anjing liar serta kambing yang berkeliaran mencari sisa makan menyebabkan timbunan sampah di situ semakin tidak terurus.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Cherang Ruku, Zanawi Isa berkata, pihak PBT sepatutnya segera mengangkut sampah di situ ke pusat pelupusan, bukannya membiarkannya terbiar selama berhari-hari sehingga berulat.

“Para guru dan murid Pendidikan Khas SK Cherang Ruku paling teruk terjejas terpaksa menghidu bau busuk setiap hari sejak Rabu lalu kerana kelas mereka paling hampir dengan tong sampah tersebut.

“Mungkin Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) menghadapi masalah pengangkutan yang rosak atau ada masalah tenaga pekerja. Namun, saya mewa­kili guru dan ibu bapa berharap sampah itu dapat dikutip mengikut jadual sebagaimana sebelum ini,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi PIBG SMK Cherang Ruku, Karimah Md. Nor pula berkata, arahan Jabatan Pendidikan negeri agar tingkap bilik darjah perlu dibuka ketika proses pembelajaran bersemuka tidak dapat dilakukan ekoran gangguan bau tersebut.

“Bagaimana nak buka tingkap jika angin membawa bau busuk dari tong sampah besar masuk ke kelas? Keadaan sampah yang terbiar lama hingga busuk berulat, selain bersepah-sepah juga mencacatkan pemandangan di SMK Cherang Ruku dan SK Cherang Ruku.

“Bayangkan betapa busuk bau yang terhasil daripada sisa buangan basah seperti perut ayam, ikan, sisa makanan dan kulit kerang? Ia turut menyebabkan pembiakan lalat selain menjadi ‘lubuk’ haiwan liar mencari makanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya