Amaran cuaca kuning di Sarawak, Sabah dan Labuan - Utusan Malaysia

Amaran cuaca kuning di Sarawak, Sabah dan Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada (kuning) yang membawa hujan lebat melibatkan bahagian-bahagian di negeri Sarawak, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 9.30 pagi tadi memaklumkan, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Bahagian Limbang.

Sementara itu, hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah iaitu di bahagian pendalaman Sepitang, Kuala Penyu dan Beaufort, bahagian pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Labuan.

Tambah kenyataan itu, amaran angin bertiup dari arah barat dijangka membawa hujan lebat dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah di kawasan terbabit. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya