Aliran trafik arah utara mula meningkat - Utusan Malaysia

Aliran trafik arah utara mula meningkat

KEADAAN kenderaan di Lebuhraya PLUS arah utara (kanan) di laluan dari Tapah ke Gopeng yang semakin bertambah ketika tinjauan hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara semakin meningkat petang ini.

Ini berikutan orang ramai terutama dari Lembah Klang mula pulang ke kampung untuk bercuti hujung minggu selepas kerajaan membenarkan rentas negeri mulai Isnin lalu.

Tinjauan di lebuh raya PLUS berhampiran Tapah mendapati jumpah kenderaan di laluan itu terus meningkat namun masih lancar dan tiada sebarang kesesakan dilaporkan setakat ini.

Keadaan itu berbeza berbanding tinjauan di laluan yang sama pada pagi dan tengah hari tadi, yang mendapati jumlah kenderaan tidak begitu tinggi.

Jumlah kenderaan di lebuh raya itu dijangka terus meningkat pada lewat petang dan malam ini apabila lebih ramai warga kota memulakan perjalanan balik kampung selepas habis waktu bekerja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.