Adtec Kemaman perkenal program kimpalan bawah air - Utusan Malaysia

Adtec Kemaman perkenal program kimpalan bawah air

AWANG Hashim (tengah) menyerahkan surat tawaran dana kompetitif PTPK kepada seorang peserta program kimpalan bawah air di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kemaman di Kemaman, hari ini. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kemaman di sini memperkenalkan program kimpalan bawah air bagi melahirkan lebih ramai jurukimpal bertauliah dalam kalangan rakyat tempatan. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, inisiatif yang julung kali dirintis itu dalam masa sama dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

“Kerjaya sebagai jurukimpal dalam air mendapat permintaan tinggi daripada industri tetapi kita kekurangan pekerja hingga kekosongan itu terpaksa diisi tenaga kerja mahir asing.

“Kita yakin mampu melahirkan pekerja mahir dan buat permulaan seramai 10 peserta perintis dipilih mengikuti kursus berkenaan daripada keseluruhan 160 orang yang memohon,” katanya dalam sidang akhbar hari ini menyerahkan surat tawaran dana kompetitif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di Adtec Kemaman, hari ini.

Awang berkata, kos pembelajaran 10 peserta yang mencecah RM46,000 seorang itu dibiayai sepenuhnya oleh PTPK sepanjang tempoh 17 minggu latihan.

Katanya, peserta program akan mengikuti empat modul iaitu selaman air terbuka, selaman komersial, kimpalan basah dan persiapan industri.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.