56 pengunjung premis hiburan dikompaun RM320,000 - Utusan Malaysia

56 pengunjung premis hiburan dikompaun RM320,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 56 pengunjung premis hiburan dikompaun sebanyak RM320,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam serbuan di ibu negara, malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Datuk Azman Ayob berkata, kompaun dikenakan terhadap 36 lelaki dan 20 pengunjung wanita.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 apabila melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 bagi Kuala Lumpur.

“Selain itu, kita turut mengenakan kompaun RM25,000 terhadap pemilik premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, pihaknya turut menjalankan saringan air kencing terhadap 23 pengunjung dan hasil keputusan kesemuanya adalah negatif.

“Operasi ini akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam merealisasikan usaha kerajaan menghentikan penularan Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.