5,263 pelajar UMS kembali ke kampus - Utusan Malaysia

5,263 pelajar UMS kembali ke kampus

TAUFIQ Yap Yun Hin (kanan) meninjau proses pendaftaran kemasukan pelajar berkeperluan di UMS Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 5,268 orang pelajar berkeperluan mula kembali ke kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara berperingkat bermula hari ini sehingga 31 Oktober.

Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, daripada jumlah itu, seramai 4,847 pelajar akan kembali ke kampus induk dekat sini, 219 pelajar di Kampus Antarabangsa Labuan dan 202 pelajar di UMS Sandakan.

Beliau berkata, semua pelajar yang dibenarkan kembali ke kampus ini membabitkan mereka yang sudah menerima vaksin lengkap iaitu sudah cukup 14 hari selepas menerima vaksin dos kedua.

Katanya, kemasukan pelajar ini membabitkan enam kategori seperti diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi termasuk pelajar yang berada dalam keadaan kurang kondusif di rumah.

“Hari ini, pendaftaran berjalan lancar dan kita turut melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap semua pelajar.

“Selepas itu, kita akan mengasingkan mereka dalam tempoh tertentu termasuk pelajar yang bergejala bagi memastikan mereka bebas jangkitan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk ke asrama.

“Ini antara langkah yang kita ambil untuk memastikan pelajar yang masuk ke asrama dalam keadaan yang selamat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pendaftaran kemasukan pelajar berkeperluan di sini hari ini.

Menurut Taufiq, pada peringkat awal ini, hanya penggunaan makmal dibenarkan manakala pembelajaran bersemuka di dewan kuliah masih belum dibenarkan.

Justeru, sesi kuliah akan dilakukan secara hibrid kerana keadaan di Sabah belum mengizinkan untuk melaksana sesi kuliah secara bersemuka.

Jelas beliau, sesi pembelajaran bersemuka mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN