32 pesawah terima manfaat SMART SBB - Utusan Malaysia

32 pesawah terima manfaat SMART SBB

NORDIN Salleh (tengah) bersama Zulkefli Hussein (kanan) dan Madzlan Nadzar (kiri) yang merupakan antara 32 peserta program SMART SBB Bernas di Sungai Batu Pahat, Perlis.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 32 pesawah dari Kampung Sungai Batu Pahat di sini menerima manfaat besar melalui Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) khususnya dalam meningkatkan hasil serta kualiti padi keluaran tempatan.

Program yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bersama Padiberas Nasional Berhad (Bernas) itu melibatkan kawasan seluas 49 hektar di kawasan Sungai Batu Pahat iaitu merupakan lokasi pertama di Perlis menyertai program itu.

Kawasan penanaman padi luar jelapang yang diusahakan dalam musim 2/2020 itu turut melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan seperti Jabatan Pertanian negeri, Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perlis.

Seiring dengan matlamat meningkatkan kadar tahap sara diri (SSL) beras negara sebanyak 75 peratus dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), program SMART SBB Bernas itu telah digerakkan sejak April lalu.

HASIL para peserta melalui program SMART SBB Bernas di Sungai Batu Pahat, Perlis.- UTUSAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Nordin Salleh, 65, yang berperanan sebagai penyelia program SMART SBB Bernas Sungai Batu Pahat berkata, inisiatif tersebut memberi manfaat cukup besar kepada para peserta di sini.

Katanya, selain membantu aspek penyelarasan sistem pengurusan ladang secara berkelompok ia turut membuka ruang ke arah pembangunan infrastruktur asas seperti sistem saliran air yang sering menjadi kekangan kepada para pesawah khususnya di kawasan luar jelapang seperti di Sungai Batu Pahat ini.

“Program ini turut membantu para pesawah mengusahakan sawah mereka secara berpasukan dan lebih sistematik. Impaknya dapat dilihat apabila penggunaan input-input pertanian seperti baja, racun dan sebagainya dapat dioptimumkan dan pembaziran dielakkan.

“Malah, secara keseluruhan turut mengurangkan kos operasi pengurusan ladang berbanding ketika mereka mengusahakan sawah secara individu. Para pesawah yang menyertai program ini turut didedahkan dengan amalan-amalan pertanian terancang bagi membentuk disiplin kerja yang lebih berkesan dan produktif,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Nordin yang lebih 20 tahun mengusahakan tanaman padi, Bernas turut membimbing mereka menerusi penetapan jadual kerja ladang yang lebih teratur.

“Saya melihat program SMART SBB sebagai satu peluang kerjasama strategik yang menguntungkan pesawah selain menjadikan mereka sebagai rakan kongsi utama dalam pembangunan sektor padi dan beras di negara ini,” katanya.

Seorang lagi peserta, Zulkefli Hussein, 53, berkata, program tersebut memberikan jaminan pendapatan hasil penjualan padi mereka.

“Penanaman padi sememangnya terdedah kepada pelbagai risiko luar jangka terutamanya cuaca yang tidak menentu. Bagaimanapun, Bernas memberi jaminan membeli hasil tuaian kami dalam sebarang situasi dan ini memberikan satu kelegaan.

“Kami hanya perlu memberikan tumpuan kepada penjagaan sawah dengan baik sahaja. Alhamdulillah walaupun ini merupakan fasa pertama projek ini, kami sudah dapat melihat peningkatan daripada segi hasil dan kualiti padi,” katanya.

Seorang lagi pesawah, Madzlan Nadzar, 61, pula memberitahu, SMART SBB juga memperkenalkan penggunaan teknologi terkini kepada peserta program.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN