Nama, gambar Ketua Pengarah MSN disalah guna

Nama, gambar Ketua Pengarah MSN disalah guna

Majlis Sukan Negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan bahawa terdapat aktiviti penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan penyalahgunaan nama dan gambar Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin.

MSN dalam satu kenyataan berkata, nama dan gambar Jefri telah disalahgunakan dan dikaitkan dengan sebuah akademi badminton yang menawarkan penyertaan program serta meminta bayaran dalam jumlah yang besar.

“MSN dengan ini menegaskan bahawa MSN dan Encik Jefri tidak mempunyai sebarang kaitan, penglibatan atau hubungan dengan program atau aktiviti tersebut.

“Sehubungan dengan itu, MSN menegaskan bahawa MSN tidak pernah melantik, memberi kebenaran atau mengiktiraf mana-mana individu atau kumpulan untuk menggunakan nama, identiti dan atau imej MSN bagi tujuan kutipan bayaran untuk sebarang aktiviti sukan,” kata MSN.

MSN turut berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas, termasuk tindakan undang-undang, terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti penipuan tersebut bagi melindungi kepentingan dan reputasi MSN.

“Orang awam adalah dinasihatkan supaya menyemak kesahihan maklumat berkaitan MSN atau mana-mana pegawai MSN melalui saluran rasmi MSN. Tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa mewakili MSN tanpa pengesahan melalui saluran rasmi.

“Mana-mana individu yang telah menjadi mangsa penipuan seumpama itu diminta segera membuat laporan polis serta menghubungi institusi kewangan masing-masing bagi tindakan lanjut,” kata MSN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN