2,445 pelajar baharu Usim daftar kemasukan secara fizikal bermula 15 Oktober - Utusan Malaysia

2,445 pelajar baharu Usim daftar kemasukan secara fizikal bermula 15 Oktober

KAMPUS Usim yang terletak di Nilai, Seremban, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 2,445 orang pelajar baharu dan sedia ada (kategori pelajar berkeperluan) bagi program Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) bagi sesi akademik 2021/2022 akan mendaftar di kampus universiti tersebut secara fizikal mulai 15 Oktober depan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Usim, Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd. Jailani berkata, pendaftaran tersebut akan mengambil kira pelajar telah melengkapkan dua dos vaksin dan melepasi tempoh keberkesanan vaksin.

“Dijangkakan juga, kemasukan secara fizikal ini akan meningkat berikutan proses kemasukan ini akan dibuat secara berperingkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Taaruf berkata, seramai 2,774 orang pelajar baharu telah selesai menjalani sesi taaruf (perkenalan) secara dalam talian yang bermula sejak 7 Oktober lalu.

“Pelajar baharu sarjana muda ini telah mula mendaftar secara dalam talian bermula 2 hingga 5 Oktober lalu. 

“Mereka telah menggunakan kaedah taaruf secara dalam talian berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang melanda negara dan tertakluk kepada arahan semasa Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya