14 kategori pemegang pas lawatan jangka panjang dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa MTP, MyEntry  - Utusan Malaysia

14 kategori pemegang pas lawatan jangka panjang dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa MTP, MyEntry 

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menyenaraikan 14 kategori pas lawatan jangka panjang bagi warganegara asing yang dibenarkan masuk ke negara ini tanpa melalui sistem MyTravelPass (MTP) atau MyEntry.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kebenaran itu berkuat kuasa 1 November ini dan diberikan dengan syarat mereka masih mempunyai pas yang masih sah laku.

Beliau berkata, 14 kategori berkenaan termasuk diplomat, pas penggajian, Resident Pass-Talent (RP-T), Pas Lawatan Ikhtisas (pakar), Pas Lawatan Ikhtisas, Pemastautin Tetap (PR), Pas Jangka Panjang, Pas Warga Emas, Pas Balu dan Pas Pelajar.

“Kategori lain adalah Pas Malaysia My Second Home (MM2H), Pas Residen, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pembantu Rumah Asing (PRA).

“Kelulusan perkara itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada 22 Oktober lalu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, warganegara asing yang bukan di bawah kategori yang dinyatakan masih perlu memohon melalui sistem MTP atau MYEntry untuk kebenaran masuk ke Malaysia.

Khairul Dzaimee berkata, mereka termasuk pemegang pas lawatan sosial, pemegang pas lawatan jangka panjang yang telah tamat tempoh, permohonan pas penggajian (Kategori I,II,III), RP-T) dan Pas Lawatan Ikhtisas (pakar) yang baru diluluskan serta ‘Short Term Business Traveller’.

Menurutnya, prosedur kemasukan semasa ketibaan di Malaysia masih tertakluk kepada peraturan imigresen sedia ada yang masih berkuat kuasa serta prosedur saringan kesihatan dan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.