fbpx

1,300 pelajar B40 dapat tablet, internet untuk PdPR 

SERAMAI 1,300 pelajar daripada keluarga B40 di Pulau Pinang mendapat manfaat daripada insiatif pemberian tablet dan data hasil kerjasama USM, NCIA dan rakan strategik lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) membekalkan tablet dan data internet kepada 1,300 pelajar keluarga B40 di lima daerah di Pulau Pinang bagi membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdPR) secara online

Ketua Program yang juga Felo Penyelidik Kanan, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Prof. Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail berkata, pemberian tablet dan pelan data itu melibatkan kerjasama daripada U Mobile sebanyak RM138,720 dan rebat khas daripada Celcom sebanyak (RM1.92 juta).

Jelas beliau, inisiatif itu ternyata memberi kesan yang besar kepada proses pembelajaran peserta yang terlibat yang mana penggunaan pedagogi dan teknik pengajaran interaktif dapat dilaksanakan dengan efektif. 

“Inisiatif ini juga meningkatkan dan memperkasakan komuniti melalui program akademik sebagai langkah untuk menyeimbangkan jurang taraf sosial masyarakat melalui penyediaan pendidikan holistik dalam kalangan keluarga B40,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya, fasa pertama program itu bermula pada Mac tahun sehingga bulan ini manakala fasa kedua pula bermula pada Mac tahun ini sehingga Oktober tahun depan. 

Jelasnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan menjadi suatu keperluan masa kini dan salah satu komponen penting dalam pelaksanaan program dengan berpremiskan kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK21). 

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, inisiatif USM dan NCIA serta rakan kerjasama strategik menerusi program tersebut amat membantu terutama dari aspek sistem sokongan pembelajaran. 

Tambahnya, usaha itu secara tidak langsung turut meringankan beban keluarga peserta yang terlibat. 

“Saya berharap program yang menerapkan kaedah PdPR unik dan menarik seperti ini dapat diteruskan pada masa depan supaya lebih ramai pelajar memperoleh manfaat,” katanya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI