KUALA LUMPUR: Pengendali baharu perseorangan remaja wanita negara, Salim Samion menyasarkan pendekatan lebih menyeluruh dalam membangunkan pemain muda dengan menggabungkan pengalaman latihan di Thailand serta ilmu daripada legenda kejurulatihan negara, Datuk Misbun Sidek. Beliau berkata, gabungan dua falsafah latihan itu diyakini mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan skuad remaja wanita negara yang ketika ini sedang melalui fasa pemerkasaan semula. Salim menjelaskan pengalaman melatih di luar negara memberinya perspektif lebih luas…










